Assalamu'alaikum wbt.
Huh...cuti ni nak buat apa ya?hehe:) Hari ni baru ana ingat nak menjengah masuk ke dalam blog. Dah lama fikir-fikir nak taip apa kat dalam ni. Susah juga ya ber'blog'. Persediaan kena ada, dari merapu2 benda2 yang kosong kita bicara soal yang mendatangkan banyak manfaat dan hikmah. InsyaALLAH.
Cuti ni, kiranya banyak juga rehat. Itulah biasanya dikatakan siswa dan siswi sekarang ni. Ana mulanya risau juga duduk kat rumah, tak(teringat kat ji, tak=ndak) tau nak buat apa. Ana bila dah kat rumah terperap saja kat dalam. Nak keluar memang susah, nak ikut program2 luar banyak kekangan juga dari famili terutamanya bila program yang memerlukan ana 'kembara' hingga 10 jam jauhnya dari rumah. Bila berada di rumah, tidak lah kita narrow-minded kan minda hanya di luar kita boleh berdakwah. Dalam satu2 tempat, bukan kita tidak hidup berjiran. Kita tidak hidup dalam hutan, sampai tak nampak orang sekeliling. Orang yang dekat dengan kitalah sangat memerlukan pengisian rohani. Mereka malu mencari, kita dekat dan hulurkan diri willingly. Itulah kerja-kerja sebagai pendakwah. Sebagai seorang pendakwah, kita tidak tunggu bulan jatuh ke riba. Bila kita menunggu, kita hanya akan bergelap sambil ditemani cahaya bulan yang samar2.
Ana punyai kelemahan yang sangat ketara dalam bidang dakwah, dari segi pengetahuan dan juga dalam medium penyampaian idea ana sendiri. Kelemahan, tidak selamanya menjadi kelemahan jika kita mempunyai banyak alternatif untuk mengatasinya. Sebagai seorang pendakwah, kita kena bijak menentukan alternatif serta cara untuk mengatasinya. Tidak selamanya kita duduk di bawah takuk yang sama. Alasan demi alasan yang diberi, semata-mata menunggu agar menjadi lebih hebat dan hebat kena kumpul ilmu banyak2 baru nak berdakwah, logikkah? Semasa berdakwah, ilmu kita tidak bertambah kah? Semasa berdakwah, kita tidak boleh menambah ilmu? Lagi banyak kita berdakwah, lagi banyak ilmu yang kita kaut dan korek, lagi banyak kita berkongsi dari kumpul dan simpan lama2 akhirnya berkarat tidak diguna.
Tidak semua lahir2 nya insan boleh bercakap. Semua bermula dari A hingga Z, dari Alif hingga Ya. This is one of the problems, people tend to feel scared to say out loud their oppinion. Kenapa ini berlaku? Perlu di perbetulkan, tidak semua pendapat, tidak semua idea semestinya kita ambil. Perlu ada pencadang agar idea bertambah dan berkembang. Possibility itu ada, kita menjadi pencetus kepada idea2 yang lain. Kita buat sharing moment ini. Terutamanya adik2 poli yang ingin dan baru melangkah ke stage yang lebih hebat dalam berdakwah. Tidak perlu ada perasaan takut untuk lontarkan idea anda, walaupun anda berpendapat "idea saya just biasa2". Biasakan diri, berkata dalam diri "saya perlu lontar pendapat/idea saya sungguhpun tidak biasa tetapi lontaran saya semestinya ber'luar biasa''. Ana tidak katakan, kita perlu meletakkan diri kita berada di tempat yang tinggi ataupun meninggi diri tetapi sebagai pencetus kepada IQ, EQ dan SQ kita yang mungkin belum terjaga dari tempat beradu. Malahan, mencetuskan motivasi yang tinggi dalam diri.
Back to my holiday :
Cuti ni, ana buka kelas mengaji setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Juma'at. Hari Khamis ana luangkan masa dengan nenek ana untuk Membaca Yasin dan mengajar mengaji dalam masa yang sama. Semakin ana dekat, semakin ana faham. Orang kata, orang-orang tua yang semakin meningkat umur semakin bersikap 'baby'. Maksud ana disini, mereka sangat2 memerlukan perhatian dan pengisian rohani. Nenek kata dengan ana : " Kat sini, ada juga kelas mengaji setiap hari Selasa jam 2 petang. Tapi, guru mengajinya seorang, muridnya dalam 30 orang." Ana teringat kata2 Abdul Rahman Mohamed dalam bukunya Travelog Seorang Da'i :-
"Para pelajar kelulusan dunia menggelabah mncari pekerjaan walaupun segulung ijazah universiti dapat digenggam. Sebaliknya, kami daripada kelulusan ilmu ukhrawi tidak kekeringan peluang untuk mendapatkan pekerjaan. Bahkan banyak permintaan yang tidak dapat kami penuhi"
Wallahu'alam.
LadyMuslimah