Myspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace Glitter

My PALESTIN!

My PALESTIN!
.:::Let Us UNITE:::.

Thursday, January 29, 2009

Bantah Konsert Rihanna, Boikot Artis Amerika - Pemuda Wilayah



Monday, 19 January 2009




KUALA LUMPUR, 20 Jan - Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan melalui kenyataan medianya hari ini, melahirkan kekesalan terhadap tindakan Syarikat Celcom (M) Berhad yang menaja dan akan turut menganjurkan program Xpax ignites Rihanna LIVE in Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 nanti.

Kamaruzaman Mohamad yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan ketika dihubungi berkata, walaupun iklan-iklan telah mula disebarkan melalui kaca TV, Surat Khabar, SMS, namun surat bantahan berserta cadangan tetap diserahkan.Tambah beliau lagi "Pemuda Wilayah akan sentiasa konsisten terus menentang konsert-konsert yang tidak mengambarkan akhlak dan nilai ketimuran yang positif serta turut mengundang pelbagai masalah sosial di negara ini"."Konsert tersebut tidak memenuhi citarasa budaya tempatan, dan tidak secocok dengan Celcom yang dilihat sebagai sebuah syarikat tempatan yang sewajarnya mengutamakan budaya ketimuran dan artis-artis tempatan,"Keduanya, melihat kepada pengaliran wang ini, bukan sahaja membawa kita memahami erti kerugian buat negara tetapi satu penderitaan buat rakyat Palestine dimana Amerika yang menjadi sekutu Israel membekalkan senjata ketika pembunuhan ngeri di Gaza hasil dari sumbangan dan dana cukai yang diberi oleh penduduk Amerika,"Maka Pemuda Wilayah menolak kehadiran artis ini di Malaysia atas dasar ketidaksesuaian gaya penyampaian lagu, pakaian dan juga atas sentimen menghormati rakyat Palestine yang tertindas angkara kekejaman Israel dan sekutunya-Amerika yang ditaja oleh kebanyakkan penduduknya.Menurutnya, memanggil Rihanna ke Malaysia umpama menghina adab ketimuran, merendahkan artis tempatan, sengaja merugikan ekonomi negara dan menyokong dasar perang Israel yang disokong Amerika."Kami juga akan terus konsisten untuk memboikot apa sahaja produk Amerika yang merugikan negara dan menyumbang kepada peperangan atau kerosakkan di muka bumi ini," tegas beliau.Beliau ketika ditanya, turut menegaskan Pemuda Wilayah sensitif dengan penganjuran konsert sebegini yang impak akan membawa lebih banyak kerosakan dalam masalah sosial terutamanya di bandaraya Kuala Lumpur.Seperti biasa menurut beliau langkah pertama, dalam masa terdekat Pemuda Wilayah akan menghantar surat bantahan berserta cadangan kepada pihak Dato' Bandar Wilayah Persekutuan dan Puspal,"Jika masih tetap diteruskan juga kita akan gunakan kaedah yang lain yang lebih berkesan,” tambahnya.Beliau turut menyeru organisasi-organisasi badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik serta orang perseorangan untuk menolak konsert ini dan menyatakan bantakan mereka dengan menghantar bantahan kepada Celcom dan organisasi Kerajaan yang terlibat dalam mengeluarkan permit konsert ini."Kita sibuk menderma untuk tabung Gaza tapi dalam masa yang sama wajarkah kita menyumbang kepada tabung peperangan Israel melalui konsert Rihanna ini?" soal beliau.






LadyMuslimah

Adds