“Ana ndak tahan, mahu letak jawatan dari Company itu dan ini...” Jika kita bekerja sebagai pekerja di sesebuah organisasi/syarikat bila2 masa nak letak jawatan, insyaALLAH boleh. Tertakluk pada syarat yang telah ditetapkan dalam sesebuah organisasi/syarikat. Kita boleh jadi Engineer, jadi arkitek, jadi Cikgu, jadi Lawyer, dan pekerjaan2 lain yang pelbagai. Kita masih boleh letak jawatan dan mencari pekerjaan yang baru, kan? InsyaALLAH boleh. Sediakan surat perletakan jawatan serahkan pada majikan dan apabila mendapat approval, it is considered settled.
Tapi, boleh ndak jika kita katakan “Ana nak letak jawatan dari menjadi hamba ALLAH SWT? Beban yang ana pikul tersangat2lah berat. Ana ndak mampu menjadi hamba yang dikehendakiNYA. Dan ini surat perletakan jawatan ana”. Pelik? Kebanyakan manusia pada ketika ini walaupun tidak terlafaz dari lidahnya, tapi dari perbuatannya menzahirkan rasa memberontak pada ALLAH. Jiwa manusia pada ketika ini lebih kepada AMAR MUNGKAR NAHI MA’ARUF!
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu” (Al-Dzariyat:56)
Berdasarkan ayat di atas, telah nyata kita ini adalah ciptaan ALLAH SWT dan kita adalah hamba kepadaNYA. Semua yang ada pada kita adalah pinjaman yang ALLAH pinjamkan semata-mata, tidak ada yang kekal melainkan ALLAH SWT. ALLAH bukanlah majikan kita dan kita bukanlah pekerja ALLAH. Kita ini tetap hambaNYA dan WAJIB tunduk, patuh serta ta’at padaNYA tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika ALLAH itu majikan kita, sudah tentulah kita sebagai pekerja bila2 masa boleh berkata “Tuhan, aku nak letak jawatan, ndak tahan, nak cari majikan yang lain”. Sekiranya begitulah kita, kufurnya kita pada hakikat serta nikmat dari ALLAH yang telah mengangkat darjat kita lebih tinggi dari makhluk-makhluk ciptaanNYA yang lain.
Telah lupakah kita pada kisah dimana ALLAH telah mencipta ADAM?
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat.’Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.’ Mereka berkata, ‘Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan ami bertasbih memujiMU?’ Dia berfirman, ‘Sungguh, Aku mngetahui apa yang tidak kamu ketahui.’ “ (AlBaqarah:30)
Bukan untuk memperli sesiapa, tetapi lebih kepada peringatan khususnya buat ana dan juga sahabat/h. Bila masuk waktu, azan dah berkumandang mengajak kita menyembah kepada yang ESA. Panggilan ndak banyak pun, cuma 5 kali dalam sehari saja tapi kadang2 rasa berat sungguh nak tunaikan kewajipan kan? Berbanding dengan sms, panggilan telefon dll. Tit..Tit.. ndak sampai 10 saat mesej sahabat/h kita dah reply balik. Bila bercakap di telefon pun begitu, kita lebih gemar menghabiskan masa bercakap perkara2 yang bukan-bukan(lagho) berbanding dengan ilmu. Tapi, kenapa kita tidak boleh luangkan walau untuk 5 minit di atas sejadah?
Betapa ana rasa malu sebagai hamba ALLAH yang telah ALLAH kurniakan segala bentuk ni’mat dan kasih sayang yang tidak terhingga ada kalanya ana menjadi alpa serta mudah lupa.
Ya ALLAH maafkan lah kami yang kalanya melampaui batas sebagai hambaMU. Amin.
(2100-28 Jan 2009) LadyMuslimah.
LadyMuslimah