My PALESTIN!

My PALESTIN!
.:::Let Us UNITE:::.

Monday, July 13, 2009

Hari ni...Berpenat Lelah!

Assalamu'alaikum wbt.



Cuti dah habis... Sekarang dah mula nak Kuliyyah. Selamat tinggal Negeri Di Bawah Bayu, Selamat Datang Ke iiuM semula. hehe



Dari lapangan terbang Air Asia Tanjung Aru KK Sabah, mengambil masa selama 2 jam dan 30 minit untuk sampai ke LCCT KL. Sempena musim H1N1, tengok2, ramai juga penumpang2 berjaga2 (guna penutup mulut dan hidung...). Sebagai langkah mencegah:). TawakalaALLAH.



Hari ni,masuk hari kedua di uia. Semalam penat bangat, dari airport sampai ke uia, lepas tu register untuk Mahallah lagi. Dah dapat key bilik, terus kemas2 bilik. Nak kena angkut barang lagi turun setingkat. ALLAH saja yang tahu, kita semua penat (iye x? hehe)



Pagi tadi, ana turun ke CELPAD tanya tentang subjek bi. Alhamdulillah dah selesai. Ana ke KAED (Kuliyyah of Architecture & Environmental Design) nak register subjek guna manual form, nak kena minta tandatangan 6 orang pensyarah. Naik turun, naik turun tingkat, dalam hati ana tak henti2 menyebut "Robbi hu yasir wala tu asir". ALLAH saja yang tahu tahap kesabaran hambaNYA, jauh mana sakit hambaNYA. ALLAH kuatkan juga semangat ana yang sangat2 lemah ini untuk teruskan juga. Ahamdulillah, x sampai sejam dah selesai. :D Kaki ana sakitnya...huhu :(



Sem ni ana mesti banyak berusaha. Aja-Aja FIGHTING!








Wallahu'alam bissawab.



LadyMuslimah

Adds