Pada tanggal 4 Mac bersamaan dengan hari Rabu, kelas ana kira ‘full’ jugalah jadualnya. Pagi jam 9 hingga jam 1 tengahari ada kelas Construction Economics 1. Patutnya hari tu kena submit kerja. Malam selasa rancang nak buat kerja dengan rakan-rakan sekelas, tapi ndak jadi disebabkan ada hal yang ndak dapat dielakkan. Dengan bantuan ALLAH SWT, Alhamdulillah kelas Madam Jullian(Tutorial) pada jam 11 pagi dibatalkan. Hanya perlu ‘submit’ kerja yang Madam beri pada minggu lalu dan kerja yang baru juga diberi pada minggu ni hari Selasa waktu kelas Post Cont. Ana ndak da ambil kelas Post Cont, jadi soalan yang baru ana ndak da dapat la.
Lepas habis saja kelas Tuan Hj Basar(lebih kurang jam 10.15 pagi), kami bertiga (kak Farah, Kak Mira dan ana sendiri) buat kerja yang ndak siap tu di Cafe KAED. Alhamdulillah, syukur sangat2 pada ALLAH kerja tu dapat juga siap. Kelam kabut, ndak jugalah sebab masa buat kerja dalam keadaan tenang kiranya dengan suasana yang macam ‘Pasar’ di cafe tu...Bolehlah...=) Seusai sahaja siap, ana minta tolong dengan kak Farah untuk fotostatkan kerja tu bagi memudahkan ana buat ulang kaji. Terima kasih kak Farah...=D InsyaALLAH ana akan bayar duit fotostatnya ya, di kelas Procurement selasa depan...hee
Ana pun bergegas ke kelas LE 0620, kelas Speaking di CFL SOSDEL LAB 5. Kelas stat jam 2-5 petang, letihnya ALLAH saja yang tahu. Ndak dapat nak tumpu perhatian 100% dalam kelas ni..huhu=( Jawab soalan latihan yang diberikan tu pun macam s0-s0.. Sebaik class dismiss, Huda (dari Yaman) ajak ana balik sama2. Kami ber2 selalu balik sama2 sebab dia duduk Mahallah yang sama dengan ana iaitu Mahallah Ruqayyah, tapi dia duk di Blok PG ana di Blok C.
Selalunya, kami akan balik ikut laluan dari Mahallah Hafsah. Huda ni, kalau ada bas UIAM lalu dia akan kata “We shouldn’t take the bus. The wind is ok today. We can walk...Alhamdulillah” lepas tu dia senyum di sebalik niqab yang dia guna. Ana perasan juga, mesti orang lain hairan macamanalah ana boleh berkawan dengan budak Yaman. Kita panggil budak ‘Arab lah ni... Ntahlah, perkataan ‘Friend’ tu universal sungguh kan. Lagipun Islam kan bersaudara=) We Unite For Islam! Tak kisahlah dari mana pun asal kita, tetap dalam landasan yang sama...
Nak ceritanya, jika ke Mahallah Hafsa akan lalu CELPAD dan IRKHS. Dekat round about, kami ndak tersengaja terjumpa dengan seorang mak cik ni. Ana panggil ‘Aunt Mat Saleh’ la... Aunt nie ndak larat mau jalan jauh. Dia guna besi penyokong di depan tu (ndak tau apa nama dia...maaflah ya) untuk bantu dia berjalan. Aunt tu panggillah ana dan Huda, dia kata “Can you help me to get a cab? I cannot go to the main road.” Kami pun pergilah ke main road, mau dapatkan teksi untuk aunt tu. Malunya ana ndak terkata, tiap kali tahan teksi minta tolong masuk ke CELPAD semua teksi pun beralasan “Maaflah, saya nak cepat ni”. 3 buah teksi dengan alasan yang sama. Ana maklum kan lah kat pak cik teksi, ada seorang aunt ndak larat mau jalan keluar untuk dapatkan teksi boleh ndak kalau masuk ke CELPAD dan ambil mak cik tu, dah ada tunggu dekat round about. Semua pun ndak mau. “Maaflah, ndak dapat masuk”.
Ana terangkan lah keadaan soal jawab ana dengan pak cik teksi tu. Huda pun kata “How come they are doing this? If in Yaman there’s already a cab that willing to take the aunt”. “These people are not thinking very clearly, if they are doing this ALLAH will pay him in good return... MasyaALLAH”. Malunya ana...Malunya ana...Malunya ana... Beginikah sikap kita sebagai orang Melayu atau pun sebagai seorang MUSLIM? Ana merujuk kepada diri ana sendiri, kelemahan diri ana sendiri. Adakah niat ana buat amal ‘Ibadah LILLAHITA’ALA? Dunia ini hanyalah alat untuk mencapai kebahagiaan di Akhirat kelak. Kita janganlah mengharapkan apa-apa balasan di dunia sedangkan yang ALLAH janji dan memang confirm kepada sesiapa yang membuat amal kebajikan, ALLAH akan membalas dengan berlipat kali GANDA!
Macamana dengan aunt tadi? Ana dan Huda fikir “It Will be better if we just enter the taxi and ask him to go to the CELPAD and then we let the aunt take the taxi. Yes, this would be a better plan or the answer will be NEVER!” Kami pun terpaksalah guna idea macam tu. Baru teksi nak masuk. Bila kami turun, pak cik teksi tu tengok siapa yang akan naik ana ada jugalah terdengar keluh kesah pak cik teksi tu. Tapi samar2. Semoga ALLAH murahkan rezeki pak cik teksi tu dengan tolong aunt tu. Amin.
Setiap kebaikan yang kita lakukan, sangat tinggi nilainya di sisi ALLAH. Sekecil mana pun orang lain atau kita sendiri nampak kebaikan itu, tapi terpulang pada ALLAH yang akan membalasnya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Ikhlaskan niat hanya kerana ALLAH.
Mahkamah ALLAH lebih bernilai, dan kita berdoa’ sekecil manapun usaha kita dalam kebaikan berkemungkinan besar itulah penyebabnya kita terlepas dari seksaan azap api NERAKA. Wallahu’alam.
Mahkamah ALLAH lebih bernilai, dan kita berdoa’ sekecil manapun usaha kita dalam kebaikan berkemungkinan besar itulah penyebabnya kita terlepas dari seksaan azap api NERAKA. Wallahu’alam.
(1740-05 Mac 2009)
LadyMuslimah