My PALESTIN!

My PALESTIN!
.:::Let Us UNITE:::.

Saturday, June 20, 2009

Syurga atau Neraka???



Bukan undi tentukan masuk syurga: Muhyiddin

KUALA KRAI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun PAS, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.Timbalan Presiden Umno itu berkata perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara."Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (PAS) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini hari ini.

Jumaat, 19 Jun 2009

Sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20090619115227/Article/index_html


Apabila Islam tidak pimpin perubahan

Ustaz Idris Ahmad Wed Jun 17, 09 9:34:31 am MYT

TAJUK ucapan dasar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Muktamar ke-55 pada 11 Jamadilakhir 1430/5 Jun 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam, adalah 'Islam Memimpin Perubahan'. Tema ucapan dasar ini membuktikan PAS tetap konsisten dengan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan parti.

Ini dapat dilihat di dalam Perlembagaan PAS fasal 3. Dasar PAS ialah Islam. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam lengkap, merangkumi semua perkara sama ada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata lain, merangkumi urusan hidup dan mati.

PAS mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan negara). Islam yang hendak diperjuangkan ialah Islam syumul, lengkap, bukan tempelan, bukan dijuzukkan sehingga menampakkan Islam hanya digunakan sewaktu mati sahaja.

Di Dalam fasa 5. Tujuan PAS ialah:

1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

(2) Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Islam ialah agama Allah bukan ciptaan daripada mana-mana dogma manusia. Islam ialah Islam dan bukan lain daripada itu walaupun ada dalam tulisan orientalis Barat yang cuba mengelirukan perkataan Islam dengan menyebut Muhammadism seolah-olah agama Islam adalah ciptaan Nabi kita Muhammad s.a.w. Malahan dalam tulisan mereka juga disebut dengan Muhammadan Law bukan disebut Islamic law. Ini adalah mainan orientalis seolah-olah undang-undang ini adalah ciptaan Nabi Muhammad s.a.w.

Islam adalah agama yang tidak disandarkan pada individu tetentu. Tidak seperti agama Kristian dengan dikaitkan kepada Jesus Christ, Buddha disandarkan kepada Gautama Buddha. Demikian juga agama Zoroasterianism kepada Zoroaster.

Islam juga tidak dikaitkan dengan mana-mana tempat, seperti agama Yahudi yang dikenali dengan dengan Judaism yang berasal daripada nama tempat iaitu Jew (Judah Tribe) demikianlah dengan Hinduism yang dinisbahkan kepada nama tempat iaitu Indus yang kemudian bertukar sebutannya kepada Hindu.

Tetapi Islam adalah daripada Allah, daripada acuan Allah (Siibgah Allah) dan bukan ciptaan mana-mana individu berdasarkan falsafah dan pemikiran manusia yang dangkal.

Islam adalah Islam dan ia berdiri dengan sendiri tanpa perlu dikaitkan dengan yang lain. Al-Syahid Syed Qutb menulis "Al-Islam huwa al-Hadharah" yang menyebut memang Islam itu maju dan yang mundur apabila tidak melengkapkan diri sebagai Islam yang tulen.

Jika kita melihat pada zaman Rasulullah s.a.w. yang telah membawa kemajuan dan memimpin bangsa Arab walaupun sebelum baginda diutuskan orang Arab adalah bangsa nomad yang tidak maju dan dikalahkan oleh musuh-musuh. Keadaan berlaku sebaliknya apabila baginda membawa Islam ke dalam masyarakat Arab, sehingga bangsa Arab terkenal sebagai bangsa yang bermaruah dan bertamadun.

Begitu juga di negara kita apabila Kesultanan Melayu mengamalkan Islam yang sebenar maka kekuasaan Melaka telah menguasai dua pertiga Kepulauan Melayu. Inilah yang sepatut direnung bukan mengambil Islam separuh dan meninggal Islam separuh. Sampai bila pun tidak maju, kalau pun maju, kemudian ia akan membawa kehancuran pada negara dan bangsa seperti yang dialami di Amerika Syarikat sekarang penghidap HIV 2 hingga 3 orang dalam satu jam manakala di negara kita 13 jangkitan HIV dalam seminggu.(Mingguan Malaysia 3/10/04, hlm. 19).

Contoh praktikal Islam memimpin perubahan ialah di Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dengan Islamlah kerajaan Kelantan menerajui dan memimpin perubahan seperti cuti bersalin 60 hari, kerja 5 hari, rumah tiga bilik, kifalah untuk warga emas. Sekarang kerajaan Kelantan mendahului, dan kerajaan Pusat ikut belakang.

Maknanya Islam mampu memimpin perubahan dalam apa suasana sekalipun. Tidak ada alasan untuk orang menolak Islam kerana kehebatan Islam sudah teruji berbanding dengan ideologi dan sistem manusia yang lain.Islam tetap segar, berbanding dengan ideologi lain. Sewaktu ideologi komunis runtuh pada tahun 1990-an, maka orang mengatakan bahawa sistem kapitalis adalah yang terbaik dalam penyelesaian kepada masalah yang berlaku.

Selepas 30 tahun lebih runtuh ideologi komunis, maka sekarang giliran ekonomi kapitalis pula runtuh dengan teruk. Negara Amerika Syarikat yang dianggap ?otai? kepada sistem kapitalis mengalami keruntuhan yang amat dahsyat, lebih teruk daripada apa yang dialami pada tahun 1929.

Perjuangan Umno untuk Islam bersifat 'flip-flop'

Bahananya telah dirasai sekarang oleh masyarakat seluruh dunia termasuk negara kita. Islam yang diperjuang oleh PAS, tidak seperti mana Umno, perjuangan terhadap Islam ialah 'flip flop' ikut suasana dan keadaan. Perjuangannya seperti sumpah-sumpah yang ikut suasana warna dan alam sekeliling.

Kalau suatu tempat itu kuat Islam, mereka akan gunakan Islam banyak sikit. Wanita Umno dan Puteri Umno yang tidak bertudung pun akan pakai tudung. Kita boleh lihat di Manek Urai nanti. Pemimpin Umno yang hipokrit akan menggunakan platform agama untuk meraih keuntungan undi.

Perkara ini pernah berlaku di Pengkalan Pasir sewaktu pilihan raya kecil. Dato' Seri Najib selaku Timbalan Presiden Umno boleh dikatakan setiap waktu ke masjid untuk solat berjemaah di daerah mengundi di Pengkalan Pasir. Tidak berapa lama pula berlaku pilihan raya kecil di Ijok, Selangor, pemimpin Umno berwajah lain pula. Kerana suasana ke-Islaman tidak sekuat di Pengkalan Pasir.

Umno tidak menjadikan Islam sebagai memimpin perjuangannya. Ia menjadikan Islam hanya sebagai kuda tunggangan. Ambil Islam yang untung pada perhitungannya, contohnya zakat. Umno akan bermatian menggunakan agama kerana ia akan dapat menimbunkan duit dalam kantung.

Berkenaan dengan judi, dan arak, hukum hudud Umno buat tidak kisah kerana ia mendatangkan wang. Umno lebih rela mengenakan hukum denda daripada melaksanakan hukum Allah. Ini kerana denda dapat wang, hukum Allah tidak dapat wang. Ini adasar Umno hanya bersandarkan kepada ringgit dan sen sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Sewaktu Dr Mahathir Mohamad memimpin negara dan Umno, atas nasihat pakar-pakar strategi telah melancarkan penerapan nilai-nilai Islam bagi membendung kebangkitan Islam. Beliau sedar arus ini tidak boleh dilawan kalau tidak ia akan hanyut di bawa arus.

Maka beberapa program atas nama penerapan nilai Islam ditubuhkan antaranya mendirikan Universiti Islam Antarabangsa, Takaful, Bank Islam, Kursus Bina Insan. Pada peringkat awal memang nampak hebat dengan adanya Slogan Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, mempercepatkan jam selama 30 minit untuk melihat dan mengejar kemajuan.

Sebenarnya projek seperti ini diadakan ialah hendak melambatkan kebangkitan Islam sahaja dan perkara ini bukan menjadi matlamat asas mereka untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh. Ini hanya program politik untuk mengekalkan kuasa dan memperalatkan agama untuk memancing sokongan rakyat.

Kenyataan Dr Mahathir dalam bukunya 'The Malay Dilemma' dalam halaman 15, membuktikan dakwaan ini: "Kerajaan masih lagi melaksanakan projek-projek seperti mendirikan masjid dan balai raya. Pelaksanaan projek ini dijalankan bukan kerana segala kemudahan tesebut difikirkan perlu, tetapi kerana anggapannya yang salah kononnya langkah-langkah ini dapat memancing undi di di dalam pilihan raya yang akan datang."

Apabila Islam tidak memimpin perubahan, kemajuan yang dikejar tidak dapat dan yang dikendung keciciran. Ini dapat dilihat dengan keadaan pencapaian ekonomi bumiputera pada tahun 1970 ialah 2.4 peratus meningkat pada tahun 1990 ialah 19.3 peratus manakala tahun tahun 2000 telah menurun kepada 18.7 peratus.

Tanah rizab Melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar pada tahun 1995 hanya ada 1.7 juta hektar. Inilah kemajuan yang tidak dibimbing oleh Islam. Yakinlah bahwa Islam mampu memimpin perubahan di dunia dan di akhirat. - azm

Oleh Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS Pusat)_

Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021304&Itemid=90

*Sama2 kita fikirkan...

Wallahu'alam bissawab.

LadyMuslimah

Monday, June 15, 2009

Anganku Dalam Sebuah KEMATIAN...

Assalamu'alaikum wbt


ALLAH SWT Maha Mengetahui bagaimanakah keadaan ku ketika aku mati meninggalkan segala yang aku sayangi di dunia. Ini adalah cerita dan imaginasi ku "sekiranya............." ::--


Sekiranya 1::


"Eh, kau ni kenapa? Termenung nampak?"Ju berkata padaku. Aku dengan penuh tenang menjawab, "Tiba2 aku teringat hal2 mati ni Ju". "Ish,kau ni! Merepek yang bukan2 lah Nana" katanya tampak tak senang dengan bicaraku yang tiba2. Mati? Ya, sesuatu yang telah ALLAh janjikan. Aku tersedar, "Alamak, baru teringat! Kejap lagi nak jumpa buah hati kesayanganku. Hehehe" tersenyum aku menyedari keterlupaan ku.


"Hmm,kau ni. Tak sah kalau sehari tak jumpa atau dengar suara si Edy tu!" Ju mengusikku. Aku membalasnya dengan pandangan tajam sahaja, sepintas lalu tersenyum. Aku bersiap dengan mengambil masa hanya 10 minit. Cukup dengan membedaki muka ku dan mencalit lips balm.


Edy setia menunggu ku dengan motorsikal Yamaha model NOUVO S. "Hai!" senyum terpamer di wajahku. Rindu aku dengan wajah jejaka di hadapan ku terubat. Tanpa membuang masa aku pun membonceng di belakangnya. Dalam perjalanan menuju ke port2 untuk meluahkan rindu antara sepasang kekasih.


Semasa ingin membelok masuk ke Jalan H, motor kami berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak. Dan..............?









Sekiranya 2::


4 pagi... Enaknya tidur... Tiba2 hp ku berlagu:-

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian...

Seakan ku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan...

Kehidupan disini bukan satu khayalan...

Tetapi, ia sebenar kejadian...



FarEast:HalawatulIman



Aku tersedar dari nyenyak tidur ku yang enak, lalu beristighfar panjang. Aku bangkit menuju ke tandas untuk membersihkan diriku lalu mengambil wudhu'. Alhamdulillah, ALLAH memberikan aku lagi kesempatan untuk aku bertemu dan menghadap depanNYA tatkala semua insan masih di pembaringan. Syukur Ya ALLAH... Meneruskan munajat ku, dalam sujud aku menangis, dalam doa' aku merintih. Ku bangkit lagi, meneruskan perlakuan solat ku. Lalu ku sujud yang terakhir, sujudku ku rasakan terlalu lama... Ya ALLAH akhirnya aku tersungkur semasa menghadapMu. Dan.......


"Ya ALLAH, Matikanlah aku dengan kesudahan yang baik, dan janganlah Engkau matikan aku dengan kesudahan yang buruk..." Ameen ya ALLAH.


Setiap detik aku terlalai ya ALLAH. Ampunilah aku ya ALLAH....

Wallahu'alam bissawab.

LadyMuslimah

Saturday, June 13, 2009

Pulangnya Permata Berharga...kepada PENCIPTA!

Assalamu'alaikum wbt...






Islamic Action Front leader Fathi Yakan, an ifluenced cleric, died after he was hospitalized in serious condition on Friday night, Lebanese media reported. But the Islamic Action Front denied on Saturday that its leader Yakan had died. The front said that he was in critical condition, Naharnet news agency said. Voice of Lebanon radio said erlier that Yakan died at Hotel Dieu Hospital where he was hospitalized the night before. Also, media reports said that Yakan died. Sheikh Fathi Yakan, an Islamic cleric, was born in 1933 in Tripoli. He held a seat in the parliament of Lebanon in 1992. He became involved in Islamic work in Lebanon in the mid 1950s and was a pioneer in the establishment of the Islamic Movement.


Sources : http://www.worldbulletin.net/news_detail.php?id=43301


Ustaz Dr Fathi Yakan (76 Tahun) telah kembali ke Rahmatullah. Beliau adalah seorang Tokoh Gerakan Islam yang lahir pada tahun 1933. Beliau yang lebih dikenali menerusi karya beliau iaitu "‘Maza Ya’ni Intima’ lil Islami ?' – Apa Ertinya Saya Menganut Islam" sering dijemput ke merata Negara dalam membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah ummah dan perkembangan gerakan Islam secara khususnya.


Al Fatihah....


Wallahu'alam.

LadyMuslimah

Wednesday, June 3, 2009

Aku BUNTU...

Assalamu'alaikum wbt...




Argh!!! Aku buntu, benar2 buntu. Fikiran aku bercelaru, melayang2 entah ke mana. Di mana kah tempat aku mencari jawapan? Pada siapakah aku mengharapkan pertolongan? Aku rasakan aku ini berseorangan. Tidak ada teman yang boleh aku kongsikan suka duka ku ini...

Ya ALLAH, aku tidak tahan lagi dugaan yang Engkau berikan pada ku... ALLAHuakbar!

Ya, benar. ALLAH sentiasa bersama kita. Tika kita susah dan senang, ALAH tidak pernah tinggalkan kita. Tika kita buntu dan butuh jawapan, ALLAH sentiasa bersama2 dengan kita. Tika kita bergelap dan bersendiri, ALLAH sentiasa menemani kita. Salah lah, sekiranya kita menyangka ketika kita bersendiri mahupun berteman tidak ada yang sentiasa bersama2 kita. ALLAH Maha Mengetahui segalanya walau bagaimana pun keadaan kita.



Manusia mana yang rasa dirinya tidak berTuhan? Bila kita merasa diri kita ini tidak ada yang punya, maka kita melakukan segalanya sesuka hati kita. AlQuran dan Sunnah ditolak ke tepi, hanya logik akal sahaja diterima.




Baru2 ni, ana telah YM dengan somebody whom I don't know. YM yang membuatkan ana terfikir dan menilai semula. Pada mulanya, ana masuk ke room chat Islamic 21 (kalau x salah ana). Tapi, kerap kali tersign out sendiri. Maaf kiranya, banyak kesalahan pada Grammar, I try my very best! Hehehe. Ana sertakan sekali di bawah ini:





BUZZ!!!
yaena_nouchi87: Are u there Taibu
yaena_nouchi87: I keep signed out by itself
yaena_nouchi87: if u may
yaena_nouchi87: i want to chat with u here
BUZZ!!!
kulungtaibu: y not in main room
yaena_nouchi87: I keep signed out automatically
kulungtaibu: ok
yaena_nouchi87: can u repeat the Q again?
kulungtaibu: can u tell me why most of the muslim donot bother about non muslim and use loudspeaker in mosque early morning..and non muslim find it disturbance
yaena_nouchi87: As u know,our life start in the earlier morning
yaena_nouchi87: It keeps coming in the morning,it is not we called as a disturbance
yaena_nouchi87: It is wake up call
yaena_nouchi87: going to pray n it is a secret of succes

kulungtaibu: but i have alarm watch get me up from sleep
kulungtaibu: i do not need such call for prayer
kulungtaibu: and am alrady a diciplined person
yaena_nouchi87: Yes,u are
yaena_nouchi87: but,u c
yaena_nouchi87: the azan calling is for everybody

kulungtaibu: but it is according to islam and not for others
kulungtaibu: and islam ways is not suitable to all
yaena_nouchi87: Its only takes a few minutes
yaena_nouchi87: Why it is bothering u much?
yaena_nouchi87: i did not understand it much

kulungtaibu: i dont like any disturbance when i sleep

yaena_nouchi87: is it ur sleep so much important to u?
yaena_nouchi87: in life,there is so much important then sleeping

kulungtaibu: yes atleast during night
kulungtaibu: please donot explain me about the important things...i also know it
kulungtaibu: well about me
kulungtaibu: i am also a follower of god
kulungtaibu: and i also pray
kulungtaibu: but never in nonsense way where other is distrubed

yaena_nouchi87: u c,u just talk about a little thing that u make it out of nowhere to go
kulungtaibu: i take due care while prayer that others are not distrubed by me
yaena_nouchi87: I do respect other religion
kulungtaibu: me too but not the violator
kulungtaibu: and disturber
yaena_nouchi87: What is ur religion?
kulungtaibu: no name
kulungtaibu: to my relgion

yaena_nouchi87: then to whom u r praying to?
kulungtaibu: oh
kulungtaibu: now there will be a long debate of the topic which is not related to my point directly
kulungtaibu: this is the big problem i find inmuslim people while debating
yaena_nouchi87: For me,the resolution is so easy
yaena_nouchi87: when we tolerate with others,then others will tolerate with us too
kulungtaibu: please do not debate on this topic..and tell me is it correct to disturb other for own prayer

yaena_nouchi87: No need to think it so much complicated ways
yaena_nouchi87: it is a human nature to tolerate with others
kulungtaibu: tolerance is for avoidless things only and not for monkey act

yaena_nouchi87: u can say what u want
yaena_nouchi87: i can tolerate so much with u
yaena_nouchi87: because no one is perfect
kulungtaibu: i can understand what u say but
yaena_nouchi87: we are also the same as human being
yaena_nouchi87: when u say such a -ve thing
kulungtaibu: what if a monkey dancing before you...will u tolerate it

yaena_nouchi87: the thing will go back to u
kulungtaibu: or will u try to go away or will your yourself join it
kulungtaibu: i can understand what u say
yaena_nouchi87: monkey is not a human being
yaena_nouchi87: u cannot make synonim to that

kulungtaibu: now let me come to other way to clear my point
yaena_nouchi87: that is different thing

kulungtaibu: will u belive that quran is not perfect
yaena_nouchi87: Even if i do believe so
yaena_nouchi87: but my believe is not important

kulungtaibu: i mean to say live and let live is the best solution
yaena_nouchi87: because Quran is the prove that ALLAH gives to human beings
kulungtaibu: and this i take care of as much as posisble
kulungtaibu: ok forget about quran now please

yaena_nouchi87: but when u live,u must need some guidance do u?
kulungtaibu: yes i get enough guidance from thenature
kulungtaibu: i dont need quran or bible etc
yaena_nouchi87: so what do u need?

kulungtaibu: i love nature and get lesson from it enough
yaena_nouchi87: dont u think?
kulungtaibu: i need is that no one has the right to disturb other

yaena_nouchi87: who is the creator of the nature?
yaena_nouchi87: u respect nature

kulungtaibu: and if one is distubed by other then he or she has the right to stop it
kulungtaibu: u r now changing the topic like other muslims
yaena_nouchi87: because the thing is
yaena_nouchi87: u dont look it widely
kulungtaibu: oh ic
kulungtaibu: what an undrstanding u have
yaena_nouchi87: u just minimize it as ur point of view
kulungtaibu: instead of applying this to all those nonsese people u r applying it to me
kulungtaibu: i think people like you can never understand people like me
yaena_nouchi87: If that u say
kulungtaibu: instead of clearing the point u r just advising me to tolerate it

yaena_nouchi87: forgive me because the different understanding that we have to concude
kulungtaibu: that means others shold continue what they are doing and i should tolereate it
kulungtaibu: and bear the loss
yaena_nouchi87: there is no lost or win
yaena_nouchi87: why do people want so much of winning

kulungtaibu: it is not winning
kulungtaibu: it is just a point to be natural

yaena_nouchi87: when the truth is they dont get anything at the end?
yaena_nouchi87: natural u say
kulungtaibu: big problem in muslim is that they are blind follower of quran
yaena_nouchi87: then tolerating to others in natural also

kulungtaibu: yes but upto some limit
kulungtaibu: and the thing whch can be avoided should be avoided
yaena_nouchi87: The first thing u hv to do when to follow the Quran is about knowledge
kulungtaibu: oh please stop talkingabout all rubbish quran
kulungtaibu: i know it

yaena_nouchi87: u n i dont hv the power to say that people that follow the quran blindly is just an obedint people who follow blindly
kulungtaibu: quran is not suitable to my way of life
kulungtaibu: yes u may be right but for me it is baseles thing
yaena_nouchi87: ho do u know it?

kulungtaibu: good point
yaena_nouchi87: u know all the contents in it?

kulungtaibu: no i donot need it
yaena_nouchi87: ok
yaena_nouchi87: can u hear me for a sec?
kulungtaibu: yes please
yaena_nouchi87: If u may,please learn it first
yaena_nouchi87: then,if it is not good for u
kulungtaibu: i alrady leart it many times
yaena_nouchi87: let me know
kulungtaibu: thats y find it not sutable
yaena_nouchi87: ur heart is not open yet
kulungtaibu: yes there are some point suitableto me and that i am following
yaena_nouchi87: i'll pray that someday
kulungtaibu: but not all quran suitable to me
yaena_nouchi87: someday
kulungtaibu: as nothing is perfect in this world so quran too is not perfect for me
yaena_nouchi87: ALLAH open ur heart to accept is as the light in ur life.ameen
kulungtaibu: do u know what is iq
kulungtaibu: IQ
yaena_nouchi87: yes i do
yaena_nouchi87: but what is the connection?
kulungtaibu: then y donot u understand my point
yaena_nouchi87: explain
kulungtaibu: will you believe i am more relgious person than the so called muslim, hindu etc
yaena_nouchi87: If u may accept Islam overall,than i do
kulungtaibu: if you cannot understand means u have least iq
yaena_nouchi87: u know the Big Bang theory?
kulungtaibu: no islam is not perfect so in other word u can say i am a combination of all goods of all relgion
kulungtaibu: means i am combination of muslim, hindu, christian etc
yaena_nouchi87: u know the Big Bang theor?
kulungtaibu: it is your own thought so i donot say it wrong or right
yaena_nouchi87: theory?
kulungtaibu: no need for this please
yaena_nouchi87: y?
kulungtaibu: leave this big bang
kulungtaibu: it is will just prolong our debate
yaena_nouchi87: c,u dont want others to explain to u
yaena_nouchi87: u justreceive ur own thought
kulungtaibu: sory u r explaining me thethings whch i already know oit
kulungtaibu: please tell something new
kulungtaibu: let us debate in simple way
yaena_nouchi87: Befor those scientist make a research on these thories
kulungtaibu: let us debate in simple way directly
yaena_nouchi87: in thq Quran already mentioned it
kulungtaibu: oh i repeat let us debate in simple way
yaena_nouchi87: well i just leave u a Q there
kulungtaibu: tell me is it good to disturb others for own sake
yaena_nouchi87: do more research
yaena_nouchi87: n please think about others to
yaena_nouchi87: May u will find the light
kulungtaibu: i have already done many reasearch and cometo some conclsion
kulungtaibu: and that only i a debating
yaena_nouchi87: Then u dont look the research by using ur heart
kulungtaibu: very good point
yaena_nouchi87: u do it simply because u use it do debate with others
kulungtaibu: I already use my heart to think
yaena_nouchi87: that is no way u can find the truth
kulungtaibu: oh truth
kulungtaibu: which truth u r talking about
kulungtaibu: so again endless debate
yaena_nouchi87: the truth lies when u want so hard to find the answer to make it the light of ur own
yaena_nouchi87: that is all i want to say
kulungtaibu: like this no conclusion throgh out life and this what the muslim are doing in whole life
kulungtaibu: motivation for truth and life passes away
kulungtaibu: ultiamtgely nothing
kulungtaibu: just natrure wins
kulungtaibu: thats all
kulungtaibu: may be you are muslim or hindu etc
kulungtaibu: all same for nature
kulungtaibu: and all same for god
yaena_nouchi87: The creator behind the nature is WINNING
yaena_nouchi87: that is ALLAH behind all this
yaena_nouchi87: ALLAH the almighty
kulungtaibu: ok thanks and bye......u have least iq
kulungtaibu: you are also like other mndless muslim talking all therories

yaena_nouchi87: I'm sory if within this session
kulungtaibu: and no practical
kulungtaibu: BYE
yaena_nouchi87: i hurt ur feelings
kulungtaibu is typing a message.
kulungtaibu: what
yaena_nouchi87: But,that is not my intention
yaena_nouchi87: as a human beings that ALLAH create
yaena_nouchi87: that is my weakness
yaena_nouchi87: ok,BYE...c u again
BUZZ!!!


Teguran dari sahabat/h ana alu-alukan. Hati dan jiwa setiap manusia milik ALLAH. DariNYA kita datang padaNYA juga kita kembali. Semoga ALLAH bukakan hati kita yang sentiasa berbolak-balik ini untuk menerima RisalahNYA. Amin.....




Wallahu'alam bissawab.

LadyMuslimah

Adds