My PALESTIN!

My PALESTIN!
.:::Let Us UNITE:::.

Saturday, June 20, 2009

Syurga atau Neraka???



Bukan undi tentukan masuk syurga: Muhyiddin

KUALA KRAI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun PAS, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.Timbalan Presiden Umno itu berkata perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara."Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (PAS) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini hari ini.

Jumaat, 19 Jun 2009

Sumber : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Mutakhir/20090619115227/Article/index_html


Apabila Islam tidak pimpin perubahan

Ustaz Idris Ahmad Wed Jun 17, 09 9:34:31 am MYT

TAJUK ucapan dasar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Muktamar ke-55 pada 11 Jamadilakhir 1430/5 Jun 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam, adalah 'Islam Memimpin Perubahan'. Tema ucapan dasar ini membuktikan PAS tetap konsisten dengan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan parti.

Ini dapat dilihat di dalam Perlembagaan PAS fasal 3. Dasar PAS ialah Islam. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam lengkap, merangkumi semua perkara sama ada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata lain, merangkumi urusan hidup dan mati.

PAS mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan negara). Islam yang hendak diperjuangkan ialah Islam syumul, lengkap, bukan tempelan, bukan dijuzukkan sehingga menampakkan Islam hanya digunakan sewaktu mati sahaja.

Di Dalam fasa 5. Tujuan PAS ialah:

1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

(2) Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Islam ialah agama Allah bukan ciptaan daripada mana-mana dogma manusia. Islam ialah Islam dan bukan lain daripada itu walaupun ada dalam tulisan orientalis Barat yang cuba mengelirukan perkataan Islam dengan menyebut Muhammadism seolah-olah agama Islam adalah ciptaan Nabi kita Muhammad s.a.w. Malahan dalam tulisan mereka juga disebut dengan Muhammadan Law bukan disebut Islamic law. Ini adalah mainan orientalis seolah-olah undang-undang ini adalah ciptaan Nabi Muhammad s.a.w.

Islam adalah agama yang tidak disandarkan pada individu tetentu. Tidak seperti agama Kristian dengan dikaitkan kepada Jesus Christ, Buddha disandarkan kepada Gautama Buddha. Demikian juga agama Zoroasterianism kepada Zoroaster.

Islam juga tidak dikaitkan dengan mana-mana tempat, seperti agama Yahudi yang dikenali dengan dengan Judaism yang berasal daripada nama tempat iaitu Jew (Judah Tribe) demikianlah dengan Hinduism yang dinisbahkan kepada nama tempat iaitu Indus yang kemudian bertukar sebutannya kepada Hindu.

Tetapi Islam adalah daripada Allah, daripada acuan Allah (Siibgah Allah) dan bukan ciptaan mana-mana individu berdasarkan falsafah dan pemikiran manusia yang dangkal.

Islam adalah Islam dan ia berdiri dengan sendiri tanpa perlu dikaitkan dengan yang lain. Al-Syahid Syed Qutb menulis "Al-Islam huwa al-Hadharah" yang menyebut memang Islam itu maju dan yang mundur apabila tidak melengkapkan diri sebagai Islam yang tulen.

Jika kita melihat pada zaman Rasulullah s.a.w. yang telah membawa kemajuan dan memimpin bangsa Arab walaupun sebelum baginda diutuskan orang Arab adalah bangsa nomad yang tidak maju dan dikalahkan oleh musuh-musuh. Keadaan berlaku sebaliknya apabila baginda membawa Islam ke dalam masyarakat Arab, sehingga bangsa Arab terkenal sebagai bangsa yang bermaruah dan bertamadun.

Begitu juga di negara kita apabila Kesultanan Melayu mengamalkan Islam yang sebenar maka kekuasaan Melaka telah menguasai dua pertiga Kepulauan Melayu. Inilah yang sepatut direnung bukan mengambil Islam separuh dan meninggal Islam separuh. Sampai bila pun tidak maju, kalau pun maju, kemudian ia akan membawa kehancuran pada negara dan bangsa seperti yang dialami di Amerika Syarikat sekarang penghidap HIV 2 hingga 3 orang dalam satu jam manakala di negara kita 13 jangkitan HIV dalam seminggu.(Mingguan Malaysia 3/10/04, hlm. 19).

Contoh praktikal Islam memimpin perubahan ialah di Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dengan Islamlah kerajaan Kelantan menerajui dan memimpin perubahan seperti cuti bersalin 60 hari, kerja 5 hari, rumah tiga bilik, kifalah untuk warga emas. Sekarang kerajaan Kelantan mendahului, dan kerajaan Pusat ikut belakang.

Maknanya Islam mampu memimpin perubahan dalam apa suasana sekalipun. Tidak ada alasan untuk orang menolak Islam kerana kehebatan Islam sudah teruji berbanding dengan ideologi dan sistem manusia yang lain.Islam tetap segar, berbanding dengan ideologi lain. Sewaktu ideologi komunis runtuh pada tahun 1990-an, maka orang mengatakan bahawa sistem kapitalis adalah yang terbaik dalam penyelesaian kepada masalah yang berlaku.

Selepas 30 tahun lebih runtuh ideologi komunis, maka sekarang giliran ekonomi kapitalis pula runtuh dengan teruk. Negara Amerika Syarikat yang dianggap ?otai? kepada sistem kapitalis mengalami keruntuhan yang amat dahsyat, lebih teruk daripada apa yang dialami pada tahun 1929.

Perjuangan Umno untuk Islam bersifat 'flip-flop'

Bahananya telah dirasai sekarang oleh masyarakat seluruh dunia termasuk negara kita. Islam yang diperjuang oleh PAS, tidak seperti mana Umno, perjuangan terhadap Islam ialah 'flip flop' ikut suasana dan keadaan. Perjuangannya seperti sumpah-sumpah yang ikut suasana warna dan alam sekeliling.

Kalau suatu tempat itu kuat Islam, mereka akan gunakan Islam banyak sikit. Wanita Umno dan Puteri Umno yang tidak bertudung pun akan pakai tudung. Kita boleh lihat di Manek Urai nanti. Pemimpin Umno yang hipokrit akan menggunakan platform agama untuk meraih keuntungan undi.

Perkara ini pernah berlaku di Pengkalan Pasir sewaktu pilihan raya kecil. Dato' Seri Najib selaku Timbalan Presiden Umno boleh dikatakan setiap waktu ke masjid untuk solat berjemaah di daerah mengundi di Pengkalan Pasir. Tidak berapa lama pula berlaku pilihan raya kecil di Ijok, Selangor, pemimpin Umno berwajah lain pula. Kerana suasana ke-Islaman tidak sekuat di Pengkalan Pasir.

Umno tidak menjadikan Islam sebagai memimpin perjuangannya. Ia menjadikan Islam hanya sebagai kuda tunggangan. Ambil Islam yang untung pada perhitungannya, contohnya zakat. Umno akan bermatian menggunakan agama kerana ia akan dapat menimbunkan duit dalam kantung.

Berkenaan dengan judi, dan arak, hukum hudud Umno buat tidak kisah kerana ia mendatangkan wang. Umno lebih rela mengenakan hukum denda daripada melaksanakan hukum Allah. Ini kerana denda dapat wang, hukum Allah tidak dapat wang. Ini adasar Umno hanya bersandarkan kepada ringgit dan sen sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Sewaktu Dr Mahathir Mohamad memimpin negara dan Umno, atas nasihat pakar-pakar strategi telah melancarkan penerapan nilai-nilai Islam bagi membendung kebangkitan Islam. Beliau sedar arus ini tidak boleh dilawan kalau tidak ia akan hanyut di bawa arus.

Maka beberapa program atas nama penerapan nilai Islam ditubuhkan antaranya mendirikan Universiti Islam Antarabangsa, Takaful, Bank Islam, Kursus Bina Insan. Pada peringkat awal memang nampak hebat dengan adanya Slogan Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, mempercepatkan jam selama 30 minit untuk melihat dan mengejar kemajuan.

Sebenarnya projek seperti ini diadakan ialah hendak melambatkan kebangkitan Islam sahaja dan perkara ini bukan menjadi matlamat asas mereka untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh. Ini hanya program politik untuk mengekalkan kuasa dan memperalatkan agama untuk memancing sokongan rakyat.

Kenyataan Dr Mahathir dalam bukunya 'The Malay Dilemma' dalam halaman 15, membuktikan dakwaan ini: "Kerajaan masih lagi melaksanakan projek-projek seperti mendirikan masjid dan balai raya. Pelaksanaan projek ini dijalankan bukan kerana segala kemudahan tesebut difikirkan perlu, tetapi kerana anggapannya yang salah kononnya langkah-langkah ini dapat memancing undi di di dalam pilihan raya yang akan datang."

Apabila Islam tidak memimpin perubahan, kemajuan yang dikejar tidak dapat dan yang dikendung keciciran. Ini dapat dilihat dengan keadaan pencapaian ekonomi bumiputera pada tahun 1970 ialah 2.4 peratus meningkat pada tahun 1990 ialah 19.3 peratus manakala tahun tahun 2000 telah menurun kepada 18.7 peratus.

Tanah rizab Melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar pada tahun 1995 hanya ada 1.7 juta hektar. Inilah kemajuan yang tidak dibimbing oleh Islam. Yakinlah bahwa Islam mampu memimpin perubahan di dunia dan di akhirat. - azm

Oleh Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS Pusat)_

Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021304&Itemid=90

*Sama2 kita fikirkan...

Wallahu'alam bissawab.

LadyMuslimah

Adds