Myspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace Glitter

My PALESTIN!

My PALESTIN!
.:::Let Us UNITE:::.

Thursday, March 5, 2009

CINTA di Rumah Hassan Al-Banna


Buku ini dituliskan oleh Mohammad Lili Nur Aulia, Pengantar oleh Dra. Hj. Wirianingsih. Mengisahkan tentang kehidupan seorang Penda’wah yang bernama Imam Hassan alBanna. Didalamnya terkandung 5 sub-topik, salah satunya ialah Didikan Hassan al-Banna kepada Anak-anaknya.


Buku ini sangat menarik perhatian ana. Bagaimana Da’wah itu seharusnya bermula dari rumah dengan orang yang terdekat dengan kita. Cara-cara pendekatan yang berhikmah tetapi tegas dengan penuh rasa kasih dan sayang juga mengandungi kelembutan yang menyebabkan keluarga Imam Hassan al-Banna begitu merasai ketiadaannya di rumah. Begitu mendamba dan merasai kasih seorang ayah yang begitu komited keterlibatannya dalam bidang Da’wah tetapi masih mempunyai masa untuk bersama keluarga.


Ikuti kisah Imam Hassan al-Banna yang ditulis dalam 75 muka surat dengan setiap satu isi ceritanya boleh terkesan dalam kehidupan harian kita. Jika kita merasakan kitalah paling sibuk dengan tugasan harian kita, boleh kita ambil iktibar dari catatan harian kehidupan Imam Hassan al-Banna yang merasai setiap detik adalah penting untuk semuanya.=) Wallahu’alam


(1824-05 Mac 2009)

LadyMuslimah

Malunya...Malunya...Malunya...

Pada tanggal 4 Mac bersamaan dengan hari Rabu, kelas ana kira ‘full’ jugalah jadualnya. Pagi jam 9 hingga jam 1 tengahari ada kelas Construction Economics 1. Patutnya hari tu kena submit kerja. Malam selasa rancang nak buat kerja dengan rakan-rakan sekelas, tapi ndak jadi disebabkan ada hal yang ndak dapat dielakkan. Dengan bantuan ALLAH SWT, Alhamdulillah kelas Madam Jullian(Tutorial) pada jam 11 pagi dibatalkan. Hanya perlu ‘submit’ kerja yang Madam beri pada minggu lalu dan kerja yang baru juga diberi pada minggu ni hari Selasa waktu kelas Post Cont. Ana ndak da ambil kelas Post Cont, jadi soalan yang baru ana ndak da dapat la.
Lepas habis saja kelas Tuan Hj Basar(lebih kurang jam 10.15 pagi), kami bertiga (kak Farah, Kak Mira dan ana sendiri) buat kerja yang ndak siap tu di Cafe KAED. Alhamdulillah, syukur sangat2 pada ALLAH kerja tu dapat juga siap. Kelam kabut, ndak jugalah sebab masa buat kerja dalam keadaan tenang kiranya dengan suasana yang macam ‘Pasar’ di cafe tu...Bolehlah...=) Seusai sahaja siap, ana minta tolong dengan kak Farah untuk fotostatkan kerja tu bagi memudahkan ana buat ulang kaji. Terima kasih kak Farah...=D InsyaALLAH ana akan bayar duit fotostatnya ya, di kelas Procurement selasa depan...hee
Ana pun bergegas ke kelas LE 0620, kelas Speaking di CFL SOSDEL LAB 5. Kelas stat jam 2-5 petang, letihnya ALLAH saja yang tahu. Ndak dapat nak tumpu perhatian 100% dalam kelas ni..huhu=( Jawab soalan latihan yang diberikan tu pun macam s0-s0.. Sebaik class dismiss, Huda (dari Yaman) ajak ana balik sama2. Kami ber2 selalu balik sama2 sebab dia duduk Mahallah yang sama dengan ana iaitu Mahallah Ruqayyah, tapi dia duk di Blok PG ana di Blok C.
Selalunya, kami akan balik ikut laluan dari Mahallah Hafsah. Huda ni, kalau ada bas UIAM lalu dia akan kata “We shouldn’t take the bus. The wind is ok today. We can walk...Alhamdulillah” lepas tu dia senyum di sebalik niqab yang dia guna. Ana perasan juga, mesti orang lain hairan macamanalah ana boleh berkawan dengan budak Yaman. Kita panggil budak ‘Arab lah ni... Ntahlah, perkataan ‘Friend’ tu universal sungguh kan. Lagipun Islam kan bersaudara=) We Unite For Islam! Tak kisahlah dari mana pun asal kita, tetap dalam landasan yang sama...
Nak ceritanya, jika ke Mahallah Hafsa akan lalu CELPAD dan IRKHS. Dekat round about, kami ndak tersengaja terjumpa dengan seorang mak cik ni. Ana panggil ‘Aunt Mat Saleh’ la... Aunt nie ndak larat mau jalan jauh. Dia guna besi penyokong di depan tu (ndak tau apa nama dia...maaflah ya) untuk bantu dia berjalan. Aunt tu panggillah ana dan Huda, dia kata “Can you help me to get a cab? I cannot go to the main road.” Kami pun pergilah ke main road, mau dapatkan teksi untuk aunt tu. Malunya ana ndak terkata, tiap kali tahan teksi minta tolong masuk ke CELPAD semua teksi pun beralasan “Maaflah, saya nak cepat ni”. 3 buah teksi dengan alasan yang sama. Ana maklum kan lah kat pak cik teksi, ada seorang aunt ndak larat mau jalan keluar untuk dapatkan teksi boleh ndak kalau masuk ke CELPAD dan ambil mak cik tu, dah ada tunggu dekat round about. Semua pun ndak mau. “Maaflah, ndak dapat masuk”.
Ana terangkan lah keadaan soal jawab ana dengan pak cik teksi tu. Huda pun kata “How come they are doing this? If in Yaman there’s already a cab that willing to take the aunt”. “These people are not thinking very clearly, if they are doing this ALLAH will pay him in good return... MasyaALLAH”. Malunya ana...Malunya ana...Malunya ana... Beginikah sikap kita sebagai orang Melayu atau pun sebagai seorang MUSLIM? Ana merujuk kepada diri ana sendiri, kelemahan diri ana sendiri. Adakah niat ana buat amal ‘Ibadah LILLAHITA’ALA? Dunia ini hanyalah alat untuk mencapai kebahagiaan di Akhirat kelak. Kita janganlah mengharapkan apa-apa balasan di dunia sedangkan yang ALLAH janji dan memang confirm kepada sesiapa yang membuat amal kebajikan, ALLAH akan membalas dengan berlipat kali GANDA!
Macamana dengan aunt tadi? Ana dan Huda fikir “It Will be better if we just enter the taxi and ask him to go to the CELPAD and then we let the aunt take the taxi. Yes, this would be a better plan or the answer will be NEVER!” Kami pun terpaksalah guna idea macam tu. Baru teksi nak masuk. Bila kami turun, pak cik teksi tu tengok siapa yang akan naik ana ada jugalah terdengar keluh kesah pak cik teksi tu. Tapi samar2. Semoga ALLAH murahkan rezeki pak cik teksi tu dengan tolong aunt tu. Amin.
Setiap kebaikan yang kita lakukan, sangat tinggi nilainya di sisi ALLAH. Sekecil mana pun orang lain atau kita sendiri nampak kebaikan itu, tapi terpulang pada ALLAH yang akan membalasnya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Ikhlaskan niat hanya kerana ALLAH.
Mahkamah ALLAH lebih bernilai, dan kita berdoa’ sekecil manapun usaha kita dalam kebaikan berkemungkinan besar itulah penyebabnya kita terlepas dari seksaan azap api NERAKA. Wallahu’alam.
(1740-05 Mac 2009)
LadyMuslimah

Wednesday, March 4, 2009

PPSMI bawa 'kecelakaan' kepada pelajar luar bandar


TEMERLOH 4 Mac - Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantowi berkata pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Ingeris (PPMSI) memberi 'kecelakaan' kepada pelajar luar bandar.

Menurutnya, kedegilan kerajaan Umno-BN mempertahankan PPMSI yang diwarisi daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir itu menunjukkan Umno-BN mempunyai agenda besar tersembunyi di sebalik PPMSI itu sedang semua pakar bahasa dan cendekiawan negara memberi petunjuk negatif terhadap PPMSI itu.

Pakar bahasa itu bimbang PPMSI akan memberi kesan negatif terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam jangka masa panjang.

Nasruddin mengimbau sejarah lampau apabila Umno menghapuskan penggunaan tulisan jawi bagi bahasa Melayu yang akhirnya telah mematikan tulisan itu sehingga generasi kini tidak lagi mampu menulis dalam tulisan itu.
Katanya, strategi jangka panjang penghapusan tulisan jawi dahulu telah mencapai matlamatnya apabila generasi muda tidak lagi boleh membaca buku agama yang bayak ditulis dalam tulisan jawi.

Kini Umno sekali lagi cuba mengubah penguasaan bahasa di kalangan orang-orang Melayu dengan PPMSI yang kesan akhirnya akan menghapuskan pengunaan bahasa Melayu melalui PPMSI di sekolah-sekolah.

Nasruddin percaya, dengan penguasaan meluas bahasa Inggeris akan memudahkan penyebaran ideologi barat di kalangan orang Melayu-slam yang gagal dilaksanakan penjajah Inggeris kerana orang-orang Melayu tidak memahami bahasa Inggeris.

"Saya percaya PPMSI ini adalah usaha untuk menjauhkan orang dengan Islam dahulu mereka telah ubah penggunaan tulisan Jawi kini bahasa Melayu itu sendiri pula cuba dihapuskan," katanya ketika berucap dalam Majlis Penerangan di Kerdau.

Justeru, semua pihak mesti mendesak PPMSI kembali diajar dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.

Dalam ucapanya yang tegas itu, Nasruddin menarik perhatian bahawa tiada negara yang berjaya di dunia dengan menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pengantar berbading negara-negara yang menggunakan bahasa ibunda.
Katanya antara negara yang gagal mundur menggunakaan bahasa Inggeris ialah Filipina, India dan Zimbabwe manakala negara-negara yang maju seperti Jepun, Jerman, Korea Selatan dan lain-lain semuanya menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. - harakah


Sumber : http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=2129&Itemid=32

LadyMuslimah

Adds