My PALESTIN!

My PALESTIN!
.:::Let Us UNITE:::.

Wednesday, January 28, 2009

Ayat-Ayat Cinta?

Kadang-kadang ana bertanya pada diri sendiri. “Bagaimana rasanya jatuh cinta, bagaimana rasanya menyayangi dan disayangi? Bagaimana orang lain boleh fall in love so easily? Penting atau ndak?”. Huh, susahnya persoalan ini! ALLAH suka kepada sesuatu yang indah, kalau tidak ndakkan ALLAH ciptakan sesuatu tanpa sebabnya.


Kasih sayang itu titi,
Kasih sayang penghubung hati,
Kasih sayang itu tali,
Kasih sayang pengikat diri. (Lirik Lagu Raihan – Kasih Sayang)


Kita rasa pelik, ana sendiri lagi rasa tersangatlah pelik. Ana ambil contoh, jika seorang Hawa bermesej dengan seorang Adam tanpa melihat walau sekali wajah si Adam tadi. Dengan kata-kata manis si Adam, melalui mesej saja si Hawa boleh jatuh cinta. Ana pernah jumpa kes macam ni dari seorang yang ana kenal. Katanya, kami ndak pernah jumpa tapi boleh tercouple. Wow, memang banyak power Ayat-ayat Cinta ni! Sekarang ni dengan teknologi yang di hujung jari saja, ndak sampai 5 minit kita boleh nampak gambar seseorang dengan kiriman MMS, email dan sebagainya. Tapi, yang itu pun kita ndak boleh pasti 100 % bahawa apa yang dihantar sahih atau pun tidak. Ana mengajak sahabat/h berfikir sejenak. Adakah kita tergolong dalam kategori tersebut?


Ayat-ayat Cinta ni sudah ada lama dalam ‘pasaran’ hidup kita. Bila kita pisahkan, Ayat-ayat yang ana maksudkan adalah Al-Quran dan Cinta nya adalah Sunnah. Mesej yang ana maksudkan di awal tadi adalah Ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran. Wow, Ayat-ayat di dalamnya Maha Power! Kata-kata manis yang ALLAH turunkan berbanding dengan mesej si Adam tadi, janji ALLAH adalah pasti. Mati adalah pasti, Neraka dan Syurga itu adalah pasti serta datangnya Hari Kiamat adalah tersangat pasti. Contoh kes, ana ambil ya : si Adam mesej “ Jumpa di Taman pada pukul 10 pagi ”. Datangnya tepat ndak 10 pagi? ALLAH kata mati itu adalah pasti. Tidak akan dipercepatkan walau sesaat pun, tidak akan diperlambatkan walau sesaat pun. Itulah kematian. Dan itulah salah satu janji ALLAH yang pasti.


Ayat-ayat tanpa Cinta nya tidak lengkap dan begitulah sebaliknya. Dalam Al-Quran kita di perintah untuk beribadah kepada ALLAH. Ana ambil contoh solat, solat tidak diterangkan dengan detail dalam Al-Quran maka Sunnah menerangkan perihal serta perbuatan dalam Solat. Secara ringkasnya Ayat-ayat Cinta saling berkait antara satu sama lain.
Persoalannya yang ana timbulkan di sini. Kenapa kita mudah jatuh cinta kepada perkara2 yang sementara dan selalunya janji yang tidak tertunai oleh manusia? Kenapa kita tidak jatuh cinta pada Ayat-Ayat Cinta yang ALLAH turunkan dan tertunainya janji-janji ALLAH itu adalah satu kepastian?


Ayat-ayat Cinta yang mana satu lebih POWER?


(130am-27 Jan 2009) – LadyMuslimah

Adds