Ditulis oleh Muhamad Syaari bin Ab Rahman
Jumaat, 06 Februari 2009 06:15
Jumaat, 06 Februari 2009 06:15
Tarikh : Hari ini, Jumaat (6 Feb 2009)
Masa : 3 petang
Tempat : Masjid Ubudiyyah Kuala Kangsar, Perak
Himpunan mahasiswa bersama rakyat Perak ini bertujuan memberitahu kepada kerajaan baru negeri Perak di bawah Barisan Nasional kini bahawa mereka adalah sebuah kerajaan yang terlalu rapuh dan bakal mencetuskan kegawatan politik lebih dahsyat kepada tanah air dan negeri Perak sendiri. Himpunan ini juga untuk mahasiswa merayu kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi memperbaharui mandat rakyat selepas keputusan 8 Mac seolah-olah sudah tidak dipedulikan ahli-ahli Parlimen yang melompat.
Presiden GAMIS, saudara Dzul Khairi ketika dihubungi di Ipoh menyatakan keputusan yang dibuat oleh GAMIS tersebut adalah merasakan kepentingan fungsi mahasiswa dalam mengepalai gerakan mengembalikan budaya berpolitik yang sihat di pentas demokrasi yang mesti tunduk pada kuasa majoriti rakyat, bukannya adegan badut-badut politik murahan yang menjadi buah catur politikus berkepentingan sehingga rakyat yang terkorban. Beliau juga menggesa seluruh pencinta keadilan tanpa mengambilkira ideologi politik, bangsa dan agama untuk hadir bagi mengembalikan kestabilan politik di Perak.
Sumber:http://gamisdaily.com/v4/
Re-Posted by: LadyMuslimah