Myspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace Glitter

My PALESTIN!

My PALESTIN!
.:::Let Us UNITE:::.

Friday, February 6, 2009

Kisah Ana 1

Huh...Huh...usai solat ana berteleku di atas sejadah, kadang ketawa kadang menangis. Kenangan di waktu kejahilan dulu bermain di minda. Pelbagai tingkah laku yang mengusik hati, beribu kata yang mengguris hati. Serasa ingin saja ana kembali ke masa yang lalu, ingin perbetulkan apa yang berlaku. Tapi, itu semua adalah di luar batasan seorang hamba yang bergelar manusia biasa. Ana dilahirkan dalam keluarga yang tersangatlah biasa, mak dengan abah seperti mana biasanya keluarga2 yang lain menerima ana dengan hati yang lapang dan gembira. Ana ditatang bagai minyak yang penuh, maklumlah anak pertama. Mak cik ana selalu bercerita, ana begitu teruja sebaik sahaja nampak abah balik dari kerja kerana sudah pastinya abah akan membonceng ana dengan basikal dan kami akan bersiar2 mengelilingi taman perumahan Lok Kawi(KK, Sabah).


Ana rasa begitu disayangi oleh orang-orang yang berada di sekeliling ana. Keluarga sebelah mak, keluarga sebelah abah. Dengan kehadiran adik2 dalam keluarga menambahkan lagi kemeriahan dalam keluarga. Ana tak ingat ana berumur berapa tahun, ketika nenek perempuan ana meninggal dunia(ibu kepada mak ana). Ahli keluarga selalu bercerita, ana dulu kecil2 kuat menangis. Tengah2 malam bangunkan ahli keluarga yang lain. Macam dalam wayang P.Ramlee tu, Ahmad Albab. Arwah nenek perempuan yang selalu sabar dalam menjaga ana. Ana akan berhenti menangis bila Arwah nenek lelaki mendendangkan lagu P.Ramlee. Tidur lah...Wahai Permaisuri...(ana tak tau pun versi penuh lagu ni) Ini salah satu lagu yang dinyanyikan, yang lain ana tak berapa pasti. Ana tak begitu familiar dengan lagu2 P.Ramlee.


Arwah nenek lelaki adalah imam Masjid Kg Tg Aru. Ana selalu bertanya dengan mak cik2 ana khususnya macamana suara arwah nenek? Bestnya kalau dapat belajar mengaji dari arwah nenek. Mak cik2 ana selalu mengaji di dalam bilik dengan pintu tertutup, takut2 kalau arwah nenek dengar mesti ditegur bacaan itu dan ini. Yang itu kena baca begini. Yang itu bunyinya macam ini. Lucunya walaupun begitu, arwah nenek tetap mendengar dan bacaan akan dibetulkan dari sebalik pintu. Haha... Ana masih ingat ketika arwah nenek lelaki kembali ke Rahmatullah, fitrah manusia akan berasa sedih apabila kehilangan sesuatu yang berharga. Sebelum kain menutupi muka arwah nenek lelaki, ana disuruh kucup dahinya. Kesalnya, ana tidak dapat berbuat demikian kerana kesedihan yang terlalu dan maklumlah ketika itu ana hanya berusia berapa tahun. Cukup untuk mengetahui arwah nenek tidak akan tinggal bersama2 lagi kerana ada tempat tinggal yang ‘Khusus’ untuk arwah.


Dalam kehidupan yang sesingkat itu, secara hakikatnya kita punyai kesedaran yang nyata bahawa maut pasti akan mengundang kita bila-bila masa. Tidak kira yang muda, yang tua, yang kaya dan yang miskin. Dan pastinya kita mempunyai ‘rumah’ yang bakal kita duduki yang sentiasa memanggil kita 5 kali dalam sehari. Wallahu’alam. (To Be Cont’d)


(2145-28 Jan 2009) LadyMuslimah

LadyMuslimah

Adds