Myspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace Glitter

My PALESTIN!

My PALESTIN!
.:::Let Us UNITE:::.

Friday, October 23, 2009

Sesekali Kesihatan Ku Di Uji...

Salam.



Emm. Dah lama tak menulis dalam blog ana. Rasa malu pada sahabat2 yang sentiasa meng'update-blog'. Tahniah dan syabas ana ucapkan! :)



Sesekali menjengah blog, ana hanya memandang sepi. Banyak berfikir nak tulis apa dan bahan apa yang nak dikongsi untuk sahabat/h2. Fikiran sesekali berjalan membuahkan banyak perkara yang ana kira perlu disentuh dan perlu dikongsi. Cumanya bila dah banyak idea yang timbul queue dan menunggu untuk diterjemahkan ke dalam text pelbagai masalah yang timbul. Dugaan. Hidup kita tak pernah sunyi darinya.



Semester ni, ALLAH bagi ana ujian melalui kesihatan. Ada orang kata, tiap ujian adalah kifaroh bagi dosa2 kita sama ada yang lalu mahupun sekarang. Wallahu'alam.

Walau apa pun, kita terima dengan hati yang redha dan hati yang penuh merendah padaNYA. Bersyukur padaNYA. DIA masih ingat pada kita dengan menghadiahkan kita sekecil zarah ujian.






"Padamu Ya ALLAH hanya tempat ku mengadu. Maafkan aku atas kelalaianku Ya ALLAH yang sentiasa alpa dan terlupa tanggungjawabku sebagai hambaMu. Jadikan aku hamba yang sentiasa tunduk, patuh dan taat padaMU dengan hati yang penuh merendah dan hina. PadaMU juga aku kembali. Matikanlah aku dalam keimanan". Amin Ya RABB.


LadyMuslimah

Adds