Assalamu'alaikum wbt. Dah lama rasanya ana tak menulis apa-apa entry dalam blog ana. Maaf. Bukanlah mahu menyepi diri, cuma masih mencari. Memperbaiki kelemahan diri.
Ana ragu-ragu sebenarnya ingin mem'post' kan entry ini. Fikir berulang-ulang kali Title apa yang harus diberi pada entry kali ini. Sambil menitiskan air mata kasih, maka lahirlah luahan hati ini. Bukan bermaksud untuk menghina atau memburukkan, cuma ingin menyampaikan betapa berharganya diri mu wahai saudari Islam ku. Ana menulis entry ini sambil memikirkan mu. Betapa berharganya dirimu, betapa tinggi martabat mu di angkat oleh kekasih ALLAH.
Siapa pun diri mu, hakikatnya bukanlah engkau berseorangan. DIA (ALLAH SWT) sentiasa bersama mu. Engkaulah seindah-indahnya perhiasan dunia yang bakal menghuni syurga menjadi bidadari. Semoga menjadi milik mu. Amin~
Ku tulis warkah kesedihan
Ya ALLAH
Ya ALLAH
Ya ALLAH
Kebimbangan bertandang di hatiku
Betapa terpanggil kata-kata akhir zaman ini ibarat memegang bara api
Duhai manusia
Betapa tingginya darjat mu
Sebaik-baik ciptaan kejadian NYA
Darjat semuanya kita adalah sama disisi NYA
Tapi kenapa dan mengapa menerpa di benakku
Rendahnya engkau perbuat dirimu
Telah terhukum semuanya menurut aturan NYA
Adakah fitrah kita melawan semuanya?
Betapa bahagialah hamba NYA
Betapa terisi hidup hamba NYA
Betapa tenang terasa pada hamba NYA
Jika engkau mengetahui segala-galanya
Nescaya tidak engkau berpaling daripada NYA
Betapa beratnya timbangan syukur itu
Engkau merasa cukup dengannya
Betapa ringannya timbangan takbur itu
Engkau merasa tidak pernah cukup dengannya
Ketahuilah betapa bernilainya engkau kepada NYA
DIA tidak pernah meninggalkanmu
Senantiasa dekat di hatimu
DIA tidak pernah membencimu
Senantiasa sayang padamu
Betapa kasih nya DIA pada mu
Tidak tergambar dengan kata-kata
Tidak terukur betapa tingginya
Tidak terkira betapa luasnya
DIA lah Tuhan yang Maha Esa
Tempat kita meminta dan memohon dengan NYA
Betapa Maha Agung NYA DIA
Betapa Maha Besar NYA DIA
Betapa Maha Pemurah NYA DIA
Betapa Maha Pengasih NYA DIA
Pada mu dan pada seluruh hamba-hamba NYA
Itulah DIA yang mana
Kita semuanya berjanji di hadapan NYA
Dia lah yang ESA tiada dua dan tiga
Dengan nama NYA yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Kita bermula dan kita berakhir hanya dengan NYA
Betapa indahnya terasa seluruh hidup ini
Segala-galanya dengan NYA.
Ya, ALLAH! Ampunkan daku dosaku, hilangkanlah gelora marah dalam hatiku dan peliharalah akan daku daripada godaan syaitan.
Ya, ALLAH! Engkau lembutkanlah untukku hatiku sepertimana engkau telah lembutkan besi bagi Daud A.S. Ya, ALLAH! Janganlah Engkau palingkan hatiku setelah Engkau beri petunjuk kepada ku. Amin~