Myspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace GlitterMyspace Glitter

My PALESTIN!

My PALESTIN!
.:::Let Us UNITE:::.

Friday, October 19, 2012

Kehadapan Ayahanda Yang Dirindui


Assalamu’alaikum wbt,



Kehadapan ayahanda yang tercinta. Sangat hebat duka jiwa anakanda pada malam yang hening ini (255 am, 19 Oktober 2012). Anakanda menulis surat ini dengan penuh linangan air jernih yang mengalir di pipi. Ya ALLAH… Ya ALLAH… Ya ALLAH… anakanda merintih. Malam yang penuh kesedihan ini, tiba-tiba teringat kata-kata sahabat anakanda “Ketentuan ALLAH, mungkin ayahanda mu akan berubah setelah pemergian mu menemui Tuhan yang ESA”. Teresak-esak teringat kata-kata sahabat tadi.

Pelbagai-bagai anakanda dan adik-beradik yang lain harungi dengan sikap ayahanda. Ayahanda adalah kesayangan kami. Cuma kadang terdetik di hati, adakah ayahanda sayang pada kami? Mungkin pada ayahanda, memadai sekiranya “aku bekalkan anak-anak ku cukup dengan keperluan mereka dan menjadi orang yang berjaya, itulah yang setimpal dirasakan padaku kasih sayang yang patutnya diberikan oleh seorang pemimpin keluarga”. Alhamdulillah, pada kami tidak ada kurangnya apa yang ayahanda berikan, InsyaALLAH berpanjangan. Dari segi materialnya, itulah yang dirasakan cukup pada kami. Di segi sudut yang lain pula, kami memandang ada kurangnya. Maaf kiranya, kata-kata berterus terang sebegini membuatkan ayahanda terasa. Pada hakikatnya pandangan kami (terutamanya anakanda) sendiri, itulah apa yang dirasakan. Kalau ingin diluahkan dari kata-kata, ternyata anakanda sangat lemah berbicara dihadapan ayahanda. Diri tersangat risau sekiranya mengguris hati dan perasan seorang insan yang bersusah payah ‘mengasuh’ anak-anaknya sehingga menjadi seperti hari ini.

Anakanda sangat mencuba mendidik diri berbakti pada orang tua, ternyata diri punya kelemahan yang ALLAH selitkan pada setiap penciptaan hambaNYA. Anakanda berpegang, walau macam manapun orang tua mu, merekalah bersusah payah mendidik mu dari kecil hingga dewasa. Tetapi, hati kadang tidak dapat menerima lalu diri menjauh. Sering hati berbisik, mencemburui ayahanda sahabat-sahabat yang lain. Anakanda yang lemah ini sering kali membanding-bandingkan peribadi ayahanda dengan yang lain. Maaf kan diri anakanda wahai ayahanda. Anakanda sering membayangkan ibu, anakanda dan adik-adik yang lain menjadi makmum yang berimamkan ayahanda, ayahanda menjadi guru perbetulkan bacaan Quranul Kareem, berusrah bersama dengan ayahanda, bila anakanda terkeliru dan tersesat; ayahanda tunjukkan anakanda pada jalanNYA dan bila anakanda terjatuh, ayahanda bangkitkan semangat anakanda, bukanlah sebaliknya. Maafkan anakanda sekali lagi ayahanda. Kata-kata ini lah yang lama terpendam. Ingin diluah… tapi…



Kini, anakanda semakin dewasa. Memasuki fasa seterusnya dalam hidup adalah satu perubahan yang banyak dugaan dan cabarannya. Anakanda sangat memerlukan restu ayahanda. Sangat-sangat memerlukan. Bukankah ayahanda yang menjadi wali pada jalan menghalalkan apa yang diharamkanNYA? Tanpa restu dan redha ALLAH (diwakilkan pada ayahanda untuk memutuskannya) siapalah anakanda. Sebagai ayahanda yang ‘mengasuh dan mendidik’ anaknya dari kecil, tentulah terasa sangat berat ayahanda melepaskan anakanda. Ketahuilah ayahanda, ALLAH memberi pelbagai hikmah pada jalan ini.=) Sesungguhnya, bukanlah ayahanda melepaskan tetapi memberi amanah pada yang meminta (dari ayahanda) untuk menanggung beban yang ayahanda tanggung selama ini. Solat lima waktu anakanda, aurat anakanda, nafkah anakanda, secara ringkasnya dialah bertanggungjawab dalam amal ibadah anakanda.=) Wahai ayahanda, lembutkanlah hati mu. Pandanglah dengan mata hati mu. Nescaya ALLAH membuka hati dan minda mu untuk menerima hikmahNYA.amin~

Anakanda tahu dan faham, sebaik melangkah ke fasa hidup yang seterusnya, banyak perubahan yang anakanda akan lalui. Yakinlah wahai ayahanda, anakanda sesungguhnya selalu meminta dalam doa’ anakanda:

“Ya ALLAH, aku ingin berkahwin, ya ALLAH, tetapkanlah untukku lelaki yang mencintaiMu, paling tampan rupa dan akhlaknya, yang paling luas rezekinya, yang paling banyak barakahnya, dan kurniailah aku anak yang baik yang Engkau jadikan ia sebagai kebanggaanku di masa hidupku dan keberhasilan setelah matiku.”.amin ya Robbal'alamin~

dan dalam doa’ juga anakanda meminta agar dikurniakan dia pada anakanda yang memahami tanggungjawab anakanda pada keluarga. InsyaALLAH ayahanda, anakanda yakin akan ketentuanNYA. You can never go wrong when you put your trust to ALLAH. But when something is wrong, it is your trust to ALLAH that went wrong. Anakanda berserah pada ALLAH. Sekali pun ujian datang sesudah anakanda dalam fasa hidup yang baru, bukanlah ketentuanNYA yang anakanda keluhkan, tetapi, amal ibadah anakanda yang harus diperbetulkan. Tawakal’ala ALLAH.

                Ayahanda, ketahuilah, kami sangat sayang ayahanda.=) ALLAH takdirkan ayahanda menjadi imam kami, dan kami menjadi makmum kepada ayahanda. Syukur pada mu Ya ALLAH. Alhamdulillah.





Adds