My PALESTIN!

My PALESTIN!
.:::Let Us UNITE:::.

Sunday, May 24, 2009

Bersediakah menjadi Suri Rumah Tangga?

Assalamu'alaikum wbt



Emm...mata dah ngantuk sebenarnya. Tapi, ana gagahkan juga untuk menaip.:) Nak dijadikan al-kisahnya, malam ni nak kena buat agar2 betik. Esok ada majlis sikit dengan ex-clasmate di poli.



Kelakar juga, mengingatkan budak2 macam ana yang baru nak belajar bab2 bakal menjadi Suri Rumah Tangga ni. Kena masak ni, dalam masakan kena campur yang ni, kalau kurang kena tambah yang ni. Macam2 'rulez' yang kita kena follow. Ana, dari sekolah menengah tinggal kat asrama hinggalah sekarang ni. Cuti2 sajalah baru ada kat rumah. Mak cik ana selalu juga memperli "belajar tinggi2, kena ingat juga kita ni bakal menjadi isteri dan seorang ibu. Kenalah belajar benda yang satu ni(memasak)." Terus-terang, masak2 ni bukan lah bidang ana. Ana tak brapa pandai pun kalau nak masak resepi yang berat2. Hehehe...



Tak pandai macam mana pun, practice makes perfect! Tu lah orang selalu kata. Ana tengah dalam proses belajar juga. Cuti2 nilah boleh belajar sikit2 sambil bergelak ketawa dengan mak dan mak cik ana. Lama2 jadi seronok pula. Ya lah, dah jarang di rumah. Bila hal2 kecik macam ni, jadikan kita semakin dekat dan bertambah rapat. Kasih sayang tu terasa sangat2. Macam2 cerita, macam2 resipi boleh di kongsi.



Minat ana jatuh pada 'proses' membuat macam2 jenis kek. Kira dah macam speciality lah ni. Tapi, tak lah mendalam sangat. Yang simple2 tu, kira pass lah kot ye?hehe



Isteri... InsyaALLAH ana akan bakal juga menyandang 'title' itu suatu hari nanti. Dalam perancangan ana, kira2 antara 25 hingga 27 tahun nak menyandang 'title' tu, insyaALLAH doakan ye:) Tapi, cepat atau lambat datangnya pada ana. Ana terima. Ya lah, dah kita merancang tapi perancangan ALLAH kita tak tau kan. DIAlah sebaik2 perancang. Kita menerima dengan hati yang penuh syukur dan redha.(Muslimat baca, tersengih2 ye...tersipu2 malu ye...tapi, kita kena tetapkan target. Terserah segalanya pada ALLAH untuk menentukannya) Semua orang akan menyandang 'jawatan' itu suatu hari nanti,insyaALLAH.



Ana teringat kata2 mak cik seorang ni, masa ikut usrah bebas dulu.


"Mak cik 'start' berdoa' agar ditemukan jodoh yang baik olehNYA dari sekolah menengah lagi. Selalunya mak cik akan minta pada sujud terakhir tiap kali solat(tak kira fardhu atau sunat). Doa'nya kita mintalah:


"Ya ALLAH, kau kurniakan lah aku seorang lelaki yang menentukan segala amalan, ibadah, perbuatan serta pengucapannya melalui penilaian dari kaca mata agamaMU ya ALLAH. Kurniakanlah dia(bakal suamiku) kepada ku yang mencintai aku keranaMU ya ALLAH."






Kita mintalah juga seorang suami yang dapat membimbing kita melalui alat yang di guna di dunia ini untuk dijadikan kebahagiaan yang abadan abada' di akhirah, insyaALLAH.amin...ya rabb.



Wallahu'alam bissawab.




LadyMuslimah

Adds